Kecoh Irwansyah Dilaporkan Sudah Meninggal Dunia, Rupa-Rupanya…

Hiburan

Kecoh Irwansyah Dilaporkan Sudah Meninggal Dunia, Rupa-Rupanya…

Kecoh di media tempatan tanah seberang, Indonesia apabila berlegar sebuah berita mengenai pemergian pelakon terkenal Irwansyah yang dilaporkan telah meninggal dunia.

View this post on Instagram

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

Ternyata, khabar angin itu telah membuatkan pelakon drama Dia itu tampil menafikan sekeras-kerasanya dakwaan itu yang dianggapnya suatu pembohongan yang besar.

Suami kepada Zaskia Sungkar itu menerusi satu hantaran di Instagram Storynya berkata, dia tidak memahami bagaimana berita seperti itu boleh tersebar dengan meluas sehingga menimbulkan kekecohan.’

IrwansyahSumber : Instagram Irwansyah  

Walau bagaimanapun, persoalan itu terjawab apabila berita itu sememangnya benar kerana ‘Irwansyah’ itu merupakan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilaporkan telah meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik.

Difahamkan, kanak-kanak itu mempunyai nama yang sama dan berasal daripada Desa Bojong Kulur, Gunung Putri, Bogor, Jawa Barat.

View this post on Instagram

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

Advertisement

“Saya terkejut apabila dimaklumkan diri sendiri telah meninggal dunia. Ternyata orang yang sebenar ialah seorang kanak-kanak yang memiliki nama sama seperti saya.” ujar Irwansyah atas respon mengenai berita tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...