Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sibuk Sekarang, Tak Nak Komen Apa-Apa – Tasha Shila

Selepas Hans Wong tidak mahu memberi sebarang komen tentang keretakan perhubungannya dengan Tasha Shila, para peminat sekali lagi dibelenggu misteri apabila pelakon wanita itu turut mengambil pendekatan yang serupa. Entah mengapa mereka berdua enggan merungkaikan persoalan ini. Mungkin kedua-duanya masih sayang menyayangi antara satu sama lain. Kalau bagi komen takut-takut ada pihak yang terasa hati sekaligus menyukarkan usaha pemulihan hubungan.

tasha shila

Advertisement

Penjelasan daripada Tasha Shila amat diperlukan kerana Abang Nara percaya ramai jejaka-jejaka di luar sana sudah bersiap sedia untuk mengorat pelakon jelita itu apabila pengesahan dirinya kini ‘single’ dilakukan. Namun nampaknya para jejaka yang menaruh hati terhadap Tasha Shila harus bersabar sedikit sahaja lagi. Buat masa ini, Tasha terlalu sibuk untuk memberi sebarang ulasan. Kata Tasha Shila:-

Minta maaf saya sibuk sekarang. Saya tak nak komen apa-apa.

tasha shilaPendek dan bermutu tinggi sungguh jawapan yang diberikan oleh Tasha Shila. Nanti bila Tasha sudah tidak sibuk, pasti akan ada jawapan yang diberikan. Mungkin esok lusa, mungkin sebulan dua, atau mungkin 5,6 tahun lagi. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama