Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hans Tidak Mahu Komen Isu Putus Cinta Bersama Tasha Shila

Kekasih kepada Tasha Shila, Hans Wong tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai gosip hubungan mereka sudah putus dan meminta agar pihak media untuk bertanya sendiri kepada aktres tersebut kerana Hans bukanlah seorang selebriti.

Walaupun gosip mengenai percintaan mereka sudah putus semakin meliar, sehingga kini Tasha  masih belum tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Menyedari perkara itu, Hans turut memberitahu agar Tasha diberi ruang dan sedikit masa untuk menjernihkan keadaan.

Advertisement

Biarlah dia bertenang dahulu. Mungkin jika dia sudah bersedia, dia akan menjelaskan kepada pihak media.

Maafkan saya kerana tidak dapat mengulas apa-apa mengenainya.

Tasha Shila dan Hans Wong, dipercayai berpisah kerana perbezaan agama. Pasangan ini mula bercinta sejak tahun 2013.

Ada kalanya kita sukar untuk berada didalam satu hubungan yang berbeza agama. Ini kerana tidak semua perkara yang dilakukan dapat difahami oleh pasangan masing-masing. Seperti kata Hans, berilah masa untuk Tasha Shila menjelaskan semua perkara.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama