Selepas Hans Wong tidak mahu memberi sebarang komen tentang keretakan perhubungannya dengan Tasha Shila, para peminat sekali lagi dibelenggu misteri apabila pelakon wanita itu turut mengambil pendekatan yang serupa. Entah mengapa mereka berdua enggan merungkaikan persoalan ini. Mungkin kedua-duanya masih sayang menyayangi antara satu sama lain. Kalau bagi komen takut-takut ada pihak yang terasa hati sekaligus menyukarkan usaha pemulihan hubungan.
Penjelasan daripada Tasha Shila amat diperlukan kerana Abang Nara percaya ramai jejaka-jejaka di luar sana sudah bersiap sedia untuk mengorat pelakon jelita itu apabila pengesahan dirinya kini ‘single’ dilakukan. Namun nampaknya para jejaka yang menaruh hati terhadap Tasha Shila harus bersabar sedikit sahaja lagi. Buat masa ini, Tasha terlalu sibuk untuk memberi sebarang ulasan. Kata Tasha Shila:-
Minta maaf saya sibuk sekarang. Saya tak nak komen apa-apa.
Pendek dan bermutu tinggi sungguh jawapan yang diberikan oleh Tasha Shila. Nanti bila Tasha sudah tidak sibuk, pasti akan ada jawapan yang diberikan. Mungkin esok lusa, mungkin sebulan dua, atau mungkin 5,6 tahun lagi. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Harian Metro.