Melalui laman Instagram selebriti sensasi, Baby Shima baru-baru ini, dia memuat naik video memaklumkan hasrat akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai calon bebas pada Ogos nanti.
Namun begitu, Baby Shima tidak memaklumkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang manakah bakal dirinya bertanding.
Kata Shima, niat dia bertanding dalam PRN kali ini semata-mata untuk membela nasib rakyat.
Saya memang serius mahu bertanding. Kawasan mana, saya akan umum nanti.
Tambahannya lagi, dengan sokongan yang diterima, dia yakin seorang selebriti turut boleh mewakili rakyat dalam menyuarakan hasrat anak-anak muda.
Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian ramai dan kelihatan juga beberapa individu menyokong penyanyi dangdut itu memasuki dunia politik.