“Healing Sampai Pagi Bersama…” – Tular Video Wanita Mirip Baby Shima Bergelek Di Kelab Malam Dikelilingi ‘Customer’

Hiburan

“Healing Sampai Pagi Bersama…” – Tular Video Wanita Mirip Baby Shima Bergelek Di Kelab Malam Dikelilingi ‘Customer’

Tular satu rakaman di TikTok mempamerkan seorang wanita mirip penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima sedang bergelek di dalam sebuah kelab malam.

Video berdurasi 13 saat itu dimuat naik oleh seorang individu yang turut menulis kapsyen pendek, ‘Healing sampai pagi bersama Baby Shima’.

Advertisement

shima gelek

Wanita mirip penyanyi dangdut itu memakai pakaian hitam putih dan dilihat rancak menari dan bergelek di atas pentas yang dikelilingi oleh pengunjung kelab.

Melalui ruangan komen, ramai warganet memetik nama Baby Shima kerana gaya rambut serta senyumannya dikatakan mirip sekali dengan pemilik nama Ashima Ramli itu.

Bagaimanapun, video terbabit telah pun dipadam oleh pemilik akaun TikTok itu selepas ia mula mendapat perhatian ramai netizen namun ia telah dimuat naik semula oleh beberapa pengguna TikTok lain.

Ini bukanlah kali pertama Shima terpalit dengan gosip berkenaan dirinya dan dia sering meraih perhatian daripada gaya pemakaian serta kelantangannya memerli pendakwah.

Dia juga acap kali berkata langsung tidak terkesan dengan kecaman hebat daripada netizen dan komen negatif terhadapnya tidak dihiraukan Shima.

2 years ago

"Mereka Yang Banyak Tonton Dan Berimaginasi" - Baby Shima Tak Kisah Dikecam 'Ghairah' Bergelek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...