Saya Serik Dengan Tindakan Saya Sebelum Ini – Ammar Alfian

Hiburan

Saya Serik Dengan Tindakan Saya Sebelum Ini – Ammar Alfian

Ammar Alfian satu ketika dahulu memang ‘ganas’ orangnya. Masih lagi Abang Nara teringat ancaman ugutan bunuh terhadap wartawan yang pernah dikeluarkan oleh Ammar. Biasalah orang muda. Darah tengah panas. Kebanyakan tindakan adalah mengikut hati. Tak berfikir panjang. Namun sekarang ternyata Ammar sudah mula berubah dan menyesali tindakan-tindakannya sebelum ini.

ammar alfian

Advertisement

Kontroversi yang terjadi sebelum ini ternyata banyak memberi pengajaran dan mematangkan Ammar. Kata Ammar menerusi Mstar Online:-

Saya sedar tindakan memuat naik status di laman Facebook telah menyebabkan ramai pihak media marah dengan saya biarpun saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi ia memakan masa untuk hubungan itu kembali pulih.

Empat tahun saya cuba untuk menjernihkan keadaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan mereka dan Alhamdulillah hubungan itu semakin menampakkan tanda-tanda positif dan saya berharap ia akan berkekalan selepas ini.

Bohonglah kalau saya kata tidak perlukan rakan wartawan untuk menaikkan kerjaya lakonan saya. Saya serik dengan tindakan saya sebelum ini namun pada masa sama ia memberikan banyak pengajaran dan mematangkan saya sebagai seorang individu dan pelakon

ammar alfian

Baguslah keinsafan sudah menjelma dalam diri Ammar. Gaduh lama-lama pun tak guna. Selaku pelakon, kalau tak ada publisiti, maka takkan dikenali ramai. Kalau tak dikenali ramai, tak adalah dapat tawaran berlakon. Tahniah diucapkan kepada Ammar kerana mengakui kesilapannya. Semoga masa depan Ammar akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

P.S: Senarai harga Proton Iriz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...