“Saya Seolah Dipukau, Dia Upah Wali Palsu” – Dah Ada 5 Anak, Pengasas Tudung Baru Sedar Pernikahan Tak Sah

Kehidupan

“Saya Seolah Dipukau, Dia Upah Wali Palsu” – Dah Ada 5 Anak, Pengasas Tudung Baru Sedar Pernikahan Tak Sah

Seperti diketahui seluruh umat Islam, ketika mahu mendirikan rumah tangga, perkara asasnya adalah mempunyai wali, kerelaan kedua-dua belah pihak iaitu lelaki dan perempuan, dua orang saksi serta akad ijab qabul.

Bagaimanapun, siapa sangka pada zaman kini ramai saja pasangan suami isteri dianiaya kerana tanpa disedari telah terjebak dalam sindiket penipuan.

Advertisement

Seperti yang terjadi pada pengasas tudung bernama Datuk Seri Azlina Hanim Hasan. Beliau baru sedar bahawa perkahwinan bersama si ‘suami’ tidak sah setelah mempunyai lima orang cahaya mata.

Menurut Datuk Seri Azlina, bekas suami bergelar ‘Datuk’ itu telah mengupah seorang lelaki untuk menyamar sebagai ‘wali palsu’ dan hasil daripada siasatan, pemilik identiti sebenar wali tersebut sudah tiada sejak tahun 1964, sedangkan mereka ‘disatukan’ pada tahun 2013.

Bukan saja pemalsuan dokumen yang dilakukan, malah wanita tersebut baru mengetahui bahawa status ‘Datuk’ tersebut adalah duda sewaktu dia bernikah dengannya.

Pengasas tudung itu turut akui seolah rasanya dirinya dipukau dan sama sekali tidak kisah dengan pendaftaran pernikah sehinggalah dia melahirkan anak-anak.

Tindakan lanjut yang bakal dilakukan oleh Datuk Seri Azlina adalah menyaman lelaki terbabit sebanyak RM10 juta kerana menipu soal pernikahan dan memaklumkan dirinya tidak berstatus janda meskipun sudah hidup bersama hingga dikurniakan zuriat untuk beberapa tahun sekali gus menyebabkan beliau tiada tempoh edah.

34 tahun kahwin rupanya tak sah
2 years ago

Akibat Guna Wali Hakim Warga Asing, Perkahwinan 34 Tahun Rupanya Tak Sah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...