Pelakon berkaliber, Azhar Sulaiman tampil memberi respon apabila namanya disebut warga maya gara-gara kisah yang berlaku terhadap anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania.
Dalam hantaran asal di aplikasi X, seorang individu menulis bahawa netizen telah memuji Azhar kerana masih pandai menjaga anak perempuannya, Kasih Iris Leona meskipun sering dihimpit kontroversi berpakaian seksi dan sebagainya.
PANAS ‘Better lagi perangai Leona dari Marissa ni. At least Leona yang centu pun aku rasa dia mesti pandai jaga diri. Yang ceni maleh aku nak nilai’ – netizen. Anak Abby Abadi dan Norman Hakim bers****** dengan suami orang, netizen puji Azhar Sulaiman lebih pandai jaga Leona.
Hantaran tersebut kemudiannya menjadi tular dan telah mencuri perhatian netizen di media sosial.
Azhar kemudian tampil memberi respon merendah diri berhubung isu tersebut.
Salam semua, saya bukan lebih pandai., tapi bernasib baik lagi sebab Allah tak uji dengan isu yang lebih besar. Saya sentiasa hidup dalam suspen sekarang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan respon Azhar Sulaiman dan mendoakan agar pelakon itu sentiasa berbahagia bersama keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.