(EKSKLUSIF) “Saya Mengaku, Tapi..” – Marrisa Dania Respon Isu Rampas Suami Orang, Dedah Status Terkini Dengan Aslam

Hiburan

(EKSKLUSIF) “Saya Mengaku, Tapi..” – Marrisa Dania Respon Isu Rampas Suami Orang, Dedah Status Terkini Dengan Aslam

Anak kepada pasangan selebriti terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim akhirnya tampil memberi respon mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan menjadi orang ketiga dalam satu hubungan suami isteri sehingga bercerai berai.

Dalam satu perkongsian yang dibuat Marissa, dia tidak menafikan perkara tersebut berlaku sebaliknya mengakui segalanya adalah kesilapan dari dirinya sendiri.

Advertisement

Tulis gadis berusia 18 tahun itu lagi, beberapa perkara yang menjadi tular di media sosial mengenai isu hangat itu ada yang tidak benar dan palsu namun menegaskan bahawa dia tidak perlu menjelaskan kepada semua pihak.

Saya mengaku saya salah. Apa yang diviralkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar tapi saya bukan di sini untuk mempertahankan diri saya yang saya tidak bersalah dalam sesetengah perkara.

Tambahnya lagi, dengan viralnya perkara itu, dia tidak dapat menutup mulut netizen dan dia juga tidak memerlukan pengesahan ataupun bertanggungjawab untuk memberi sebarang penjelasan.

Instagram

Selain itu, Marissa juga berharap bahawa orang di luar sana tidak menyalahkan atau menuding jari terhadap kedua ibu bapa iaitu Abby dan Norman di atas kekhilafan diri  sehingga mengganggu emosi orang tuanya itu.

Antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi pada kami.

Biar saya beritahu awak, saya dan Aslam tidak meraikan apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter.

Tular sebelum ini mengenai dakwaan seorang wanita bernama Umisya yang diceraikan suami setelah 3 tahun berumah tangga gara-gara kehadiran orang ketiga. Wanita itu juga mendakwa ‘penyondol’ berkenaan adalah Marissa, anak kepada Norman Hakim dan Abby Abady.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Instagram twitter anak abby
8 months ago

"Tak Belajar Dari Kisah Mak Ayah Dulu Ke??" - Anak Pelakon Popular Umur 18 Tahun Didakwa 'Sondol' Suami Orang Sampai Bercerai Berai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...