“Saya Sendiri Terkejut Tengok Berita..” – Akui Diajak Nikah Lepas 2 Hari Bercerai, Azri Iskandar Ada Wanita Lain?

Hiburan

“Saya Sendiri Terkejut Tengok Berita..” – Akui Diajak Nikah Lepas 2 Hari Bercerai, Azri Iskandar Ada Wanita Lain?

Setelah mengumumkan dirinya akan menghantar rombongan kepada kekasih hati, kini secara tergempar muncul pula seorang wanita yang mengakui telah dipermainkan oleh pelakon Azri Iskandar.

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai F itu berkata Azri sudah berjanji mahu mengahwininya dan sudah pun berjumpa dengan keluarga di kampung.

Advertisement

Tambahannya lagi, dia telah mengenali pelakon terbabit sejak lima tahun yang lalu, namun berhubung kembali setelah dua hari Azri dan bekas isteri iaitu Ellie Suriaty mengesahkan mereka sudah bercerai.

Melalui temubual bersama mStar juga, wanita itu tidak mahu mengatakan dirinya sebagai punca utama pasangan yang sudah bersama 19 tahun itu membuat haluan masing-masing.

Katanya, dia berasa terkejut semasa Azri membuat keputusan untuk bernikah dengannya sedangkan jejaka itu baru saja bercerai selama dua hari.

Lagi menambahkan kejutannya serta rasa dipermain apabila melihat berita Azri bakal bernikah dengan wanita lain dalam masa terdekat ini.

Sekadar info, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim mengumumkan kepada media bahawa dia bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita bernama Dr Azra Diera dalam masa terdekat.

azri iskandar balas dakwaan ellie suriaty
3 years ago

"Semua Tak Betul!" - Azri Iskandar Nafi Ada Perempuan Lain Masa Berkahwin, Dakwa Ellie Calarkan Imej Kekasih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...