“Semua Tak Betul!” – Azri Iskandar Nafi Ada Perempuan Lain Masa Berkahwin, Dakwa Ellie Calarkan Imej Kekasih

Hiburan

“Semua Tak Betul!” – Azri Iskandar Nafi Ada Perempuan Lain Masa Berkahwin, Dakwa Ellie Calarkan Imej Kekasih

Selepas pengarah dan pelakon Ellie Suriaty mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah merasai lebih awal bekas suami iaitu Azri Iskandar sudah mempunyai wanita lain semasa berkahwin telah menimbulkan pelbagai spekulasi dari banyak pihak.

Kerana spekulasi yang berlaku, Azri telah bersuara dan menidakkan kenyataan yang Ellie telah keluarkan. Menurut pelakon lelaki terbabit, Ellie secara tidak sengaja telah mencalarkan imej Dr Azra Diera kerana membuatkan dirinya seakan-akan perampas.

Advertisement

Dalam pada itu, Azri turut menjawab persoalan orang ramai yang berkata dia move on terlalu cepat dan berkata dirinya serta wanita itu bukan lagi muda, jadi tidak perlu melambatkan perkara baik.

Tambahannya lagi, pelakon hebat itu turut berkata anak-anaknya langsung tidak menghalang beliau untuk berkahwin dengan wanita pilihannya itu dan merestui hubungan mereka sepenuhnya.

Dan saya rasa akan nikah dengan Azra pun selepas selesai edah Ellie. Proses bukan mudah, nak pergi pejabat agama, kursus kahwin lagi.

Sekadar info, Azri dan Ellie telah memilih untuk membuat keputusan bercerai pada 17 Mei lalu setelah 19 tahun bersama dan pasangan tersebut telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen.

Azri Iskandar dah jumpa pengganti
6 bulan lalu

"Ada Tarikh Saya Bagitahu.." - Akui Bakal Merisik, Azri Iskandar Kenal Wanita Baru Lepas 12 Hari Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    June 9, 2022 at 5:35 pm

    mcm biasa,pompuan mana pernah salah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...