Topik berkaitan dengan poligami sejak kebelakangan ini sering menjadi bualan utama ramai, lagi-lagi apabila banyak pula selebriti dedahkan dirinya sudah berkahwin dua.
Susulan menjadi tumpuan ramai, selebriti Zulin Aziz tampil memberitahu dirinya terbuka jika suami, Farhan Norzaini mencintai wanita lain dan simpan hasrat untuk mengahwini wanita berkenaan.
Bagaimanapun, Zulin berkata suaminya perlu berkemampuan untuk berlaku adil dari segi zahir dan batin sebelum membuat keputusan untuk berpoligami.
View this post on Instagram
Tapi kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh.. jalan, saya pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, tapi kena pastikan kukuh dulu.
Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata wanita tersebut juga perlu mempunyai keperibadian yang elok seandainya mahu menjadi madu.
Tambahan lagi, Zulin mengingatkan suaminya bahawa isteri adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga dengan sangat baik kerana jika tidak adil, akan dapat balasan di akhirat kelak.
Sekadar info, Zulin Aziz dan suami telah mendirikan rumah tangga sejak 20 Februari tahun lalu dan jejaka tersebut merupakan rakan kongsi perniagaannya.