“Aku Baru Gugur, Sabar La!” – Zulin Aziz Tertekan Jawab Soal Zuriat, Minta Orang Ramai Lebih Sensitif

Hiburan

“Aku Baru Gugur, Sabar La!” – Zulin Aziz Tertekan Jawab Soal Zuriat, Minta Orang Ramai Lebih Sensitif

Seperti yang kita ketahui, pelakon dan pengacara berbakat, Zulin Aziz dan suaminya, Farhan Nozini masih belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Febuari lalu.

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video yang memaparkan rakaman live Zulin meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah individu yang tidak menjaga sensitiviti orang lain.

Advertisement

Menerusi video tersebut, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Azizz memaklumkan dirinya baru sahaja mengalami keguguran pada Ogos lalu namun sering menerima pertanyaan mengenai zuriat.

Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Aku rasa macam nak penampar dekat orang tu!

Menurut penyanyi Dan Ketika Itu, pertanyaan itu seperti tidak menghormati sensitiviti dirinya dan membuat teguran secara terbuka kepada orang ramai agar lebih peka sebelum bertanya soalan tentang hubungan, perkahwinan, dan anak.

Aku baru lepas gugur bulan lepas tau, sabar lah! So kalau nak tanya soalan, even kita tak tahu elak daripada tanya soalan sensitif.

@ciknajihah

Jangan lah jadi mulut puaka sangat ? #perjuangan2line #prengnant #sunscreen

? original sound – Cik Najihah – Cik Najihah

Macam dulu, aku single orang tanya bila nak kahwin? Kang aku kahwin dengan laki kau baru tahu!

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu turut mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

Enggan Buat Laporan Polis, Penyanyi BBNU Dakwa Hampir Dicabuli Vokalis Kumpulan Indie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 28, 2022 at 10:56 am

    meroyan semacam dia ni..

  2. Ara

    September 28, 2022 at 8:20 am

    tu pun nak sentap…aku pulak rasa nak lempang
    bg tau je la ko baru lps keguguran tak adanya org btanya….org prihatin pun salahh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...