Written by Bella | June 29th, 2018

Sejak video memaparkan aksi mesra berpelukan dengan Aidil Aziz tersebar baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha seakan lebih terbuka untuk mula berbicara dan memberikan bayangan mengenai status hubungan mereka.

Terbaru, Fasha menerusi akaun Instagram memuat naik fotonya bersama Aidil dan dua orang anaknya dengan kapsyen mengakui beliau sangat selesa berkawan dengan pelakon itu.  Aidil bukan sahaja membuatkan kehidupan Fasha lebih bahagia dan ceria tetapi turut membuatkan hati beliau dan kedua-dua anaknya gembira.

Meskipun ramai yang suka beliau berkawan dengan Aidil kerana lelaki itu bukan suami orang ataupun duda, Fasha sedar ada segelintir peminatnya kurang senang melihat keakraban mereka gara-gara kontroversi Aidil yang pernah ditangkap kerana kes dadah sebelum ini.

Namun, Fasha sama sekali tidak membangkitkan ataupun mempertikaikan kisah hitam Aidil dan menerima segala komen serta pendapat yang diberikan netizen dengan hati yang terbuka. Kalau ada jodoh mereka berdua, siapalah kita untuk menghalang bukan? Doakan yang baik-baik sahaja buat Fasha dan Aidil.

18 responses to Saya Selesa Berkawan Dengan Aidil, Tak Mahu Pertikai Kisah Silamnya – Fasha Sandha

  1. Gendut says:

    artis, buat salah lepastu cakap pasal aib, sebut nama tuhan. pirahh!

    40

    0
    • Podah says:

      Setau aku kalau dah ganja ke dadah ke mmg susah nak tinggal. Kesian pasah. Mcm menempah untuk berduka lg di masa depan.huuuu

      18

      0
      • Anonymous says:

        Ganja takper jgn syabu/ ais. Tu byk yg mereng xleh berhenti!

        0

        5
      • Anonymous says:

        Selamat menjanda buat kali kedua buat Fasha. Agak2 lah kak kisah silam tu banyak jenis. Tp kalau dah main dadah, dadah ni bukan boleh insaf. Nanti dh kahwin dia naik tangan sbb dh lalok baru menyesal.

        12

        0
      • minah jambu say NO to drugs says:

        mudah2an aidil tak buat lagi perkara lama eh ambek dadah..say NO to drugs ok pandang masa depan ingat famili yg sayang pada anda..

        0

        0
      • greenfingers says:

        Btl. Alangkan rokok pon org susah nk tgl, apatah lg dadah n sub2 dia. Ntah, susah nk percaya ckp org2 taik dadah ni. Sb tu masyarakat kita susah nk terima bekas2 penagih sb mereka sndiri pnh ada pengalaman perit yg buat mereka anti sgt dgn penagih. Jauhilah rokok dan dadah, sekian

        2

        0
    • Janda gila says:

      BILA DIA MENGAIBKAN BEKAS MERTUA, BEKAS DUDA & NORA, BOLEH PULAK KANN! NAHHH KIFARAH, ALLAH PULAK BUKA AIB KO FASHA, SAKIT TAK? TAK SENONOH

      22

      0
    • Janda oh janda says:

      laki ni tak kaya, masa depan pon kepam! kerja apa pun tak tau. Lepas khwen @fashasandha yg bg makan dia, mak Janda sekarang mmg suka stock laki mcm ni, demi kepuasan. Tak kisah nk keluar duit. Ni klo laki ni minta banglo ke kereta range rover sebijik pon fasha akan bg, tahniah @fashasandha @itsaidilaziz moga bila breakup ke cerai nanti, tiada issue kluar rakaman voicemail konon si mat ni hutang & kebas harta fasha OK. @itsaidilaziz pon fasha ni Janda anak 2, anak pon bkn calang2 anak, ayah dua budak ni dh biasa bg kemewahan n semua benda yg paling baik, klo betul kau serius dgn fasha, belajar cari duit, buang segala tebiat kau mendadih tu, jangan kang lepas dpt fasha yg kaya ni, kau duk goyang telor aje! Jdkan cacian & hinaan as a pembakar semangat! Buktikan yg kau mmg tak gunakan fasha as batu loncatan untuk naikkan karir kau yg kepam tu! #goodluck

      0

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      kalau fasha dh suka ngan aidil jangan tungu lama2 terus kan perhubungan n cepat gi nikah …buat ape nak tungu lama2 macam kamal adli ngan si emma embong nanti dh basi baru nak kawin…itu pon kalau kawin kalau tak buang masa aje dh lama buat love story huh ! love story la sangattt huh !! lov fasha eeemuah..!

      0

      1
    • sendat yg gersang says:

      time tgh hot bcinta, semua pun manis & tak tgk sejarah. lg satu, tak payah la kau nak twist statement kata org nak buka aib bagai. terang2 kau bpeluk cium dkt public area. agak2la kan, furthermore kau tu ada anak.

      5

      0
  2. heran says:

    Melampau cara bersalaman fasah

    17

    0
    • Anonymous says:

      Itu cara India bersalam…. sdh buat di public , boleh pula tuduh org cuba mengaibkan maka sendiri buka aib…. kantoi sdh berpeluk cium… memang dr dulu lagi begitu… anak pun di ajar telanjang spy senang pikat anak dato… skg x laku terpaksa aidil sebab aidil kenal ramai anak2 dato dan retis untuk perniagaannya

      10

      0
  3. Aku says:

    Bersalaman je? Yang berpeluk dan bercium taknak tulis ke?

    18

    0
  4. Anonymous says:

    Org ckp bukan fasal masa lalu aidil lah pasah…. fasal kamu peluk cium tak perlulah lencong cakap orang….. memang kalau ada ular tedung … jgn bunuh ular tedung tu tapi org yg pandai melencong ckp dulu

    18

    0
  5. Anonymous says:

    Borink nya gossip BN nie

    3

    0
  6. Alip Syuk says:

    Baik la plih aku. Xde duit tp xisap rkok, x isap dadah. Isap dada je.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    statement nak twist acah2 dia betul.. seriously, rapat pun dah boleh peluk mcm tu ker? tertinggal perkataan peluk tu cik fasha.. tak kisahla dgn sapa u nak kawin..jgn salahkan org yg rakam tu. apa yg jadi tu ada hikmahnya. itu untuk nak ingatkan perbuatan u sebagai org islam tak betul. ini dah public dah peluk cium mcm nie, kat belakang siapa tahu? lepas nie kena balik ke pangkal jalan..

    4

    0
  8. Anonymous says:

    muka lawa.. berakhir derita.. mungkinkah ada bahagia untukmu fasha?

    0

    0

Leave a Comment

Optional