Penampilan pelakon, Nelydia Senrose yang dilihat tidak lagi mengenakan hijab sejak Jun lalu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Memetik dari OhBulan!, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen memilih untuk enggan mengulas lanjut berhubung penampilannya itu sebaliknya dia akui masih mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik.
Saya tak akan komen tentang perkara (penampilan) itu.
Macam saya pernah cakap sebelum ni, saya sedang mencuba dan masih mencuba dan tidak akan berhenti mencuba untuk menjadi manusia lebih baik.
Dalam pada itu, pelakon itu turut memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Jadi saya mengharapkan doa daripada orang ramai untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Saya tahu dan percaya doa yang baik itu akan berbalik kepada diri kita.
Pelakon itu juga enggan mengulas mengenai responnya terhadap komen-komen netizen berhubung penampilannya yang tidak lagi berhijab.