“Kuat Angin Dekat Situ Sampai Terlucut Habis..” – Gembira Bercuti, Penampilan ‘Free Hair’ Nelydia Senrose Raih Perhatian

Hiburan

“Kuat Angin Dekat Situ Sampai Terlucut Habis..” – Gembira Bercuti, Penampilan ‘Free Hair’ Nelydia Senrose Raih Perhatian

Melalui laman TikTok, baru-baru ini, penampilan selebriti jelita yang dikenali ramai iaitu Nelydia Senrose menjadi tanda tanya buat warganet selepas tularnya video dia tidak lagi memakai hijab.

Buka semula tudung?

Dapat dilihat dalam rakaman video itu, Nelydia bersama ahli keluarganya yang lain sedang bercuti di Cameron Highland.

Advertisement

Kebanyakkan netizen yang melihat video tersebut mempersoalkan tindakan aktres terbabit yang sering kali on off memakai tudung.

‘Dah bergelar hajah kan’

Lagi membuatkan netizen bertambah kesal kerana Nelydia sudah pun bergelar ‘hajah’ selepas menunaikan haji dua tahun lalu.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, netizen seakan-akan memerlinya dengan berkata angin di Cameron Highland terlalu kuat hingga ‘tercabut’ tudung di kepala Nelydia.

komen

Sebelum ini, Nelydia pernah menjadi topik bualan ramai susulan perlahan-lahan mengenakan hijab selepas pulang saja dari tanah suci.

nelydia senrose tanggal hijab
2024-06-20 11:44:08

Uqasha Kongsi Foto Ahli Keluarga, Nelydia Senrose Sudah Tidak Lagi Bertudung?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok