Kemseraan antara Zul Ariffin dan Neelofa yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari di Rome, Itali hangat diperkatakan peminat lebih-lebih lagi foto babak berpelukan mereka menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Ada yang sudah mula “obses” dengan mereka sehingga wujud hashtag Zulofa dan sudah tidak sabar untuk melihat “percintaan” mereka di dalam drama tersebut. Tidak mustahil gandingan Zul dan Neelofa akan mencetuskan fonomena baharu.
Menerusi akaun Instagramnya, Zul yang pertama kali memuat naik foto bersama Neelofa menjelaskan situasi sebenar bagaimana beliau mencipta keserasian serta kemesraan dengan pelakon wanita jelita itu sedangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
Berjaya mempamerkan kemesraan walaupun penggambaran drama tersebut baru bermula beberapa hari, gandingan Zul dan Neelofa sememangnya sesuai bukan? Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat hasil lakonan mereka berdua.