Gandingan Zul Ariffin Dan Neelofa #ZuLofa Jadi Viral Di Instagram

Gandingan Zul Ariffin Dan Neelofa #ZuLofa Jadi Viral Di Instagram

Biarpun masih menjalani penggambaran, drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari kini trending di Instagram dengan gandingannya pelakon kacak pujaan ramai Zul Ariffin dan jelitawan Neelofa menjadi sebutan ramai.

Advertisement

Khabarnya, gandingan ini yang kini memiliki hashtag Zulofa mendapat perhatian sehinggakan ada yang meminta agar mereka berdua berkahwin.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ramai peminat pasangan ini mengongsikan gambar mereka dan menyatakan keterujaan masing-masing dalam menantikan tayangan drama arahan Michael Ang tersebut. Namun ada juga menyatakan peminat Neelofa gemar menjodohkan jutawan itu dengan hero yang bergandingannya. Namun begitu, hati-hati, jangan sampai kecewa.



Tidak dinafikan di mata ramai keduanya kelihatan sepadan, sama cantik dan kacak. Tapi peminat sepatutnya belajar dari peristiwa lepas. Berpada-padalah meminati mana-mana pasangan lakonan, jika tidak kesampaian, jangan kecewa nanti. Ia sekadar lakonan, so jangan serius sangat,kay? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...