Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sayangkan Anak, Tidak Goncang Tangan Syeriv Dengan Kasar – Syatilla Melvin

Minggu lalu, pelakon Syatilla Melvin menerima pelbagai kecaman dan teguran daripada netizen yang mengatakan beliau terlalu bergurau kasar dengan menggocang tangan anaknya Syeriv Samheizy. Mereka bimbang ia boleh mendatangkan kecederaan kepada Syeriv memandangkan tulang bayi sangat lembut.

Advertisement

Tidak cepat melatah dengan segala percakapan tentang cara beliau itu, Syatilla yang tidak menyangka isu tersebut menjadi besar menjelaskan beliau tidaklah begitu kasar dengan anaknya itu seperti yang ditonton oleh netizen.

Sebenarnya, tindakan saya menggoncang tangan Syeriv itu tidaklah kasar seperti yang disangka netizen. Kalau ada orang yang cakap tindakan itu menyakitkan anak dan menyebabkan tulangnya patah, tidak sama sekali kerana saya tahu apa yang saya lakukan.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak, malah Syeriv adalah nyawa bagi saya. Kalau difikirkan semula, tidak logik bagi seorang ibu melakukan sesuatu yang boleh menyakiti anak sendiri. Saya akui memang seorang yang kasar tetapi tidak dengan anak kerana dia masih kecil dan tidak mungkin untuk saya menyakitinya.

Syatilla juga memberitahu beliau tidak memarahi netizen yang membahas video tersebut malah berterima kasih dan menghargai mereka yang mengambil berat serta sayangkan Syeriv.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

49 Comments

  1. Anonymous

    January 23, 2018 at 10:39 pm

    cer try hantuk kepala kat dinding…

  2. Nyonya Mansor

    January 23, 2018 at 9:26 am

    Taknak kongsi ko cuci taik anak ke..semua dikongsi nya..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top