(VIDEO) Goncang Tangan Syeriv Dengan Kasar, Syatilla Melvin Dikritik Netizen

Hiburan

(VIDEO) Goncang Tangan Syeriv Dengan Kasar, Syatilla Melvin Dikritik Netizen

Keletah Syeriv Samheizy iaitu anak kepada pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sering mencuri perhatian di media sosial. Dengan wajah yang comel siapa yang tidak cari melihat Syeriv bukan?

Advertisement

Namun, tindakan Syatilla yang dikatakan agak berlebihan ketika mengusik Syeriv mengundang kritikan netizen yang merasa takut dengan aksi beliau bersama anaknya. Menerusi satu video di Instagram, Syatilla menggoncangkan tangan anaknya itu  dengan kasar.

Rata-rata netizen mendakwa tindakan itu boleh mendatangkan kecederaan kepada Syeriv kerana tulang bayi masih lagi lembut.

Mereka yang kritik itu sebenarnya hanya meluahkan rasa bimbang dan tidak mahu sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada Syeriv. Harapnya Syatilla boleh bersifat terbuka dan menerima teguran itu dengan baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.