Pelakon Fatin Afeefa difahamkan baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-29, semalam.
Sudah pasti peminat akan mengucapkan selamat dan berdoa agar pelakon itu terus kekal sihat dan diberkati namun apa yang paling mencuri perhatian adalah suami Fatin, Aliff Awang ada membuat kejutan yang ‘sweet’ buat isteri kesayangannya itu.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Fatin ada memuat naik foto memaparkan satu jambangan bunga besar kiriman Aliff yang lebih dikenali sebagai Opai.
Bukan sahaja jambangan bunga, tetapi terselit juga ucapan penuh kasih sayang ditujukan buat isteri.
Pada hari istimewa ini, saya ingin mengambil peluang untuk menzahirkan kasih sayang saya paling istimewa buat isteri saya. Selamat hari lahir, isteriku yang cantik!
Opai dilihat memuji wanita itu yang ternyata luar biasa dan dia juga sangat berterima kasih serta bertuah kerana memiliki Fatin sebagai isteri.
Terima kasih kerana menjadi wanita yang luar biasa. Kekuatan, kebaikan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi memberi inspirasi kepada saya setiap hari. Saya sangat bertuah kerana mempunyai awak sebagai isteri saya.
Sekadar info, Fatin dan Aliff telah mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2020 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri rakan dan keluarga terdekat.
Fatin pernah berkahwin dengan Adam Shahz namun bercerai pada 30 Mei 2017. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ivy Hera Sophia yang kini berusia 8 tahun.