Setel Secara ‘On-Line’, Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI & MAIWP

Hiburan

Setel Secara ‘On-Line’, Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI & MAIWP

Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dilaporkan telah menarik balik saman yang telah difailkan olehnya sebelum ini terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), semalam.

Perkara tersebut turut disahkan oleh peguam Syamsul, Azahir Nasir di mana dia memaklumkan kes tersebut telah diselesaikan secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh.

Advertisement

Dalam kes saman itu, Syamsul mendakwa ibunya telah menerima sekeping gambar menerusi aplikasi Whatsapp yang memaparkan nama, nombor kad pengenalan dan sebahagian keterangan isteri, Ira Kazar ketika wanita itu dipanggil oleh JAWI pada 23 Disember 2022.

Keterangan tersebut menyatakan Syamsul dan Ira telah menjalinkan hubungan sulit antara tahun 2019 dan 2021.

Walaubagaimanapun, Ira menafikan keterangan tersebut dan tampil membuat laporan polis atas dakwaan kenyataan yang berbaur fitnah oleh agensi tersebut.

Syamsul juga ada berkongsi mengenai ibunya yang telah ‘naik angin’ dan dimarahi oleh Datin Patimah sehingga mengguris perasaan dan dia turut mengalami tekanan perasaan akibat isu itu.

Pengarah itu akhirnya menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Puteri sarah liyana edah tak hormat
10 months ago

"Suami Mati Baru Berkabung" - Puteri Sarah Liyana Jawab Isu Dikata Tak Hormat Tempoh Edah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...