“Saya Sampai Peringkat Rindu, Dengar Suara Pun Jadilah” – Fauziah Sarman Dedah Dia Sebenarnya Bersedia Untuk Poligami Sebelum Bercerai

Hiburan

“Saya Sampai Peringkat Rindu, Dengar Suara Pun Jadilah” – Fauziah Sarman Dedah Dia Sebenarnya Bersedia Untuk Poligami Sebelum Bercerai

Bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala, Fauziah Sarman menafikan bahawa dia enggan berpoligami seperti yang didakwa bekas suami dalam video penerangan mengenai isu rumah tangga tempoh hari.

Kata Fauziah, dia sebenarnya bersetuju untuk bermadu namun tidak menyampaikan hasrat tersebut secara langsung kepada ND Lala sebaliknya diberitahu kepada rakan baik, pelakon Zaidi Omar dan penyanyi Roslan Madun.

Advertisement

Saya cakap saya dah reda sebab dah bermacam cara saya buat untuk berjumpa dia, tetapi semuanya tak dilayan di WhatsApp dan mesej. Saya dah sedar mungkin takdir saya menerima untuk poligami. Mereka menangis dengar kata-kata saya tapi pihak abang ND tak boleh terima.

Ujarnya lagi, dia telah mencuba pelbagai cara untuk memulihkan keadaan rumah tangga namun diibarat seperti bertepuk sebelah tangan.

Dia memang makin menjauh dari saya dan saya dah rasa cukup-cukuplah. Dia pun dah tinggalkan saya setahun lebih dan duit nafkah pun tak beri.

Ramai lagi yang nasihatkan saya dan itu yang buat saya terbuka hati untuk bermadu. Saya kata pada seorang ustaz, saya tak nak kehilangan abang ND kerana dah lebih setahun dia tak balik. Saya dah sampai peringkat dah rindu dia dan dapat dengar suara pun jadilah.

Terang Fauziah, dia kini reda dan berdepan kenyataan namun terkilan kerana bekas suaminya itu langsung tidak mahu bercakap dengannya dan anak-anak.

Saya bersetuju wanita itu dianggap penyondol dalam rumah tangga saya. Bagi saya sesuai ayat itu digunakan. Tapi saya tak salahkan dia seorang kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dua-dua sama perangai.

Fauziah juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pengikut media sosial dan netizen yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat di atas kegagalan rumah tangganya itu.

Terdahulu, Fauziah dan ND Lala yang juga ibu bapa kepada penyanyi Shila Amzah ini telah sah bercerai secara baik pada 5 September lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ND LALA
8 months ago

"Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Berhenti Menipu" - Datuk ND Lala Akhirnya Bersuara Isu Rumah Tangga Dengan Fauziah Dan Isteri Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...