“Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Berhenti Menipu” – Datuk ND Lala Akhirnya Bersuara Isu Rumah Tangga Dengan Fauziah Dan Isteri Kini

Hiburan

“Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Berhenti Menipu” – Datuk ND Lala Akhirnya Bersuara Isu Rumah Tangga Dengan Fauziah Dan Isteri Kini

Penyanyi Datuk ND Lala akhirnya bersuara setelah agak lama mendiamkan diri di sebalik kekalutan yang terjadi dalam rumah tangganya sebelum ini bersama bekas isteri, Fauziah Sarman dan seorang wanita bernama Siti Munira yang kini bergelar isterinya yang sah.

Ujar ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh,62, tampil memberi penjelasan tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram untuk tatapan peminat.

Advertisement

Kata penyanyi itu, bekas isterinya telah mendesak agar menceraikannya selepas dia tidak bersetuju untuk berpoligami selain meminta pihak sana untuk berhenti menipu dan membuat cerita palsu.

Berhentilah menipu, buat cerita palsu, berapa lama kita nak menipu, akhirnya orang akan tahu dan kebenaran akan menang. Memang benar saya telah bernikah dengan Siti Munirah Abdul Ghani dan bekas isteri tidak bersetuju.

Memang benar telah banyak kali bekas isteri saya mengugut, mendesak saya menceraikannya dan ini bukan satu keputusan mudah selepas 34 tahun kami bernikah dan Allah anugerahkan kami 4 orang anak.

ND Lala walau bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar dia berkahwin dengan Siti Munirah.

 

Saya nak minta jangan gelar isteri saya sebagai penyondol, ini tidak benar sebab dia tak pernah sondol atau mengurat saya.

Saya yang dekat dia walaupun awalnya dia tak mahu saya. Akhirnya saya minta restu pada ayah dia dan bila dia setuju kami bernikah.

Terdahulu, Fauziah memaklumkan bahawa dia sudahpun bercerai dengan ND Lala secara baik sekitar 5 September lalu.

ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu telah bernikah dengan Fauziah pada tahun 1989 dan telah dikurniakan empat orang anak sepanjang perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby abadi
8 months ago

"Yang Salah Anak Dia, Kesian La Sikit" - Instagram Abby Abadi Kena Serang Teruk, Netizen Prihatin Minta Jaga Mulut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...