“Yang Salah Anak Dia, Kesian La Sikit” – Instagram Abby Abadi Kena Serang Teruk, Netizen Prihatin Minta Jaga Mulut

Hiburan

“Yang Salah Anak Dia, Kesian La Sikit” – Instagram Abby Abadi Kena Serang Teruk, Netizen Prihatin Minta Jaga Mulut

Hari ini kecoh di media sosial mengenai anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania yang didakwa menjadi punca retaknya rumah tangga sepasang suami isteri.

Gara-gara itu, media sosial pelakon drama bersiri Gerak Khas serta ahli kumpulan nyanyian Elite itu ‘diserang’ netizen yang meninggalkan pelbagai komen berhubung isu tersebut.

Advertisement

abby abadi

Meninjau ruangan komen Instagram Abby Abadi, rata-rata netizen menulis komen berbaur kecaman dan mengecam tindakan anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu.

Marissa oh Marissa, harap awak tak kena saman dengan isteri Aslam.

Kesian Abby, dulu dia kena sondol sekarang anaknya pula menyondol.

Namun, dalam banyak-banyak komen mengutuk dan mengecam, ada juga yang bersimpati dengan nasib Abby Abadi gara-gara terpalit dengan masalah yang dicetuskan oleh anak perempuannya itu.

Mak dia tak bersalah, yang komen ni memang suka bagi jiwa dan hati orang terseksa ke? Yang salah anak dia, bukan dia. Jangan serang mak dia, kesian. Entah-entah apa yang jadi dulu masih ada kesan dekat mak dia.

Terlebih dahulu, seorang individu bernama Misya telah tampil mendedahkan bahawa Marissa Dania adalah punca dia dan suami bercerai setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Individu itu turut mendakwa ibu bapa Marissa pernah tampil dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Marissa abby penyondol
8 months ago

"Kau Buat Adik Aku Langgar Taklik, Tak Jaga Air Muka Mak Bapa Kau" - Kakak Wanita 'Disondol' Anak Abby Abadi & Norman Dedah Perangai 'Play Victim'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...