Minggu lalu, pelakon lelaki Thailand bernama Bright Vachirawit telah hadir ke sebuah acara Kiehl’s dan terdapat satu isu terbangkit di kalangan netizen setelah pelakon serta influencer, Sharifah Rose bersalaman dengannya.
Melalui video yang tular di platform TikTok itu, pelakon berumur 24 tahun tersebut naik ke atas pentas sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Bright, lalu memberi reaksi teruja kepada peminat kerana dapat ‘menyentuh’ lelaki itu.
Sedar diri dikecam ramai, Sharifah Rose tampil memberi penjelasan bahawa dia menyambut salam Bright sebagai tanda hormat kerana pelakon Thailand itu sudah terlebih dahulu menghulurkan tangan kepadanya.
Saya rasa agak rude la sebab dia mungkin tak tahu budaya kita kan. Saya pun tidak berlebih-lebih. Saya sambut tangan pun sebab dia hulur.
Sharifah Rose atau nama sebenar, Sharifah Rose Sabrina Mohd Mazfira berkata dirinya sudah biasa menjadi sasaran kecaman netizen.
Dalam pada itu, pelakon wanita ini juga tidak mengendahkan kecaman ramai, asalkan diri sendiri tahu batasan dan niat sebenar bersalaman dengan pelakon drama F4 Thailand: Boys Over Flower itu.