“Saya Rindu Jadi Orang Biasa” – Kongsi Video Di Tanah Suci, Ramai Sebak Dengan Luahan Siti Nurhaliza

Hiburan

“Saya Rindu Jadi Orang Biasa” – Kongsi Video Di Tanah Suci, Ramai Sebak Dengan Luahan Siti Nurhaliza

Sedia maklum, penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza berangkat ke tanah suci Mekah dan perkongsian videonya yang terbaharu membuatkan ramai netizen sebak.

Melalui perkongsiaan beliau di dalam video itu, dirinya sudah lama tidak merasa menjadi orang biasa dan perkara itu yang dirindui olehnya.

Advertisement

Ni yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ni. Buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.

@kick_kapoor8989 ???? #fyp? #fyp #viral #sitinurhaliza @toktitiktok ? Selawat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Tambahannya lagi, biarpun duduk beramai-ramai, tiada siapa yang mengenali dirinya kerana semua sedang ‘berebut’ berdoa agar diberikan kebaikan dalam hidup mereka.

komen tiktok

Luahan yang dibuat telah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya berasa sedih apabila mendengarnya, lagi-lagi satu Malaysia mengetahui wanita itu sudah lama tidak merasai jadi seperti ‘orang biasa’ kerana menceburi dunia nyanyian sejak remaja.

Hanya sekadar info, penyanyi lagu ‘Biarlah Rahsia’ itu mengambil kesempatan di hari-hari terakhir bulan mulia ini untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah biarpun berat untuk meninggalkan anak-anaknya iaitu Aafiyah dan Afwa.

Siti Nurhaliza berjaya tersenarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time
2 years ago

Berjaya Tersenarai Dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...