Berjaya Tersenarai Dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion!

Hiburan

Berjaya Tersenarai Dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion!

Terbaharu, nama penyanyi kesayangan Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi trending di platform Twitter setelah berjaya tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time bersama-sama dengan penyanyi antarabangsa seperti BTS, Lady Gaga, Michael Jackson dan ramai lagi.

Melihat pada ciapan yang dibuat oleh akaun Twitter rasmi The Artist Museum, Siti Nurhaliza telah menduduki tempat ke-27 dengan berjaya meraih sebanyak 329 anugerah sepanjang berada di dalam industri seni.

Advertisement

Tempat yang diduduki juga telah mengalahkan barisan penyanyi terkenal antarabangsa yang lain seperti Celine Dion, Nicki Minaj, Bruno Mars dan lain-lain.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, ramai juga warganet yang berasal dari Malaysia meninggalkan komen teruja berserta video-video nyanyiannya kerana berasa bangga dengan pencapaian Siti ini.

Siti Nurhaliza berjaya tersenarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time

Sekadar info, penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini merupakan artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah, hinggakan rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records sekitar tahun 2001 dan hingga kini hanya dia saja yang berjaya memegang rekod tersebut.

Siti Nurhaliza
12 bulan lalu

Siti Nurhaliza Hargai Kerjasama 'Grab Rider' Bantu Hantar Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. chekmat chekmot

    April 7, 2022 at 10:18 pm

    ni umpama heboh dapat 10 pingat emas untuk Malaysia di sukan SEA… kata lebih cemerlang dari 1 pingat gangsa Olimpik Kanada tu

  2. anonymous

    April 6, 2022 at 3:41 pm

    ado jo fan hardcore siti tolong back up…oii ‘pinggan mangkok dah basoh blom,toilet dah sental belom’ pegi lekas sebok pulakk dia nak back up

  3. anonymous

    April 6, 2022 at 12:44 pm

    aiyoo macam la dunia kenal ko tok ti takat indon singapore pun ala kadar je berani mampos nak compare dgn celine LOL LOL

    • bukan pendengki

      April 6, 2022 at 2:10 pm

      First, bukan dia yang compare, peminat yang compare. bukan peminat tegar siti tp dia earn recognition tu. tak perlu kot nak negative sgt bulan2 puasa ni

Loading...