Siti Nurhaliza Hargai Kerjasama ‘Grab Rider’ Bantu Hantar Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan

Siti Nurhaliza Hargai Kerjasama ‘Grab Rider’ Bantu Hantar Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berterima kasih dengan Grab Rider kerana membantu memudahkan urusan penghantaran bantuan banjir yang dibuat suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa bersama pasukan di kawasan Hulu Langat semalam.

Siti Nurhaliza
2 years ago

"Ya Allah, Saya Tak Terkata" - Siti Nurhaliza Dan Suami Turun Padang Hulur Bantuan

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Siti menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Terima kasih di atas pertolongan Grab Rider dan mereka juga adalah hero kita.

Menurut Siti, suaminya dan pasukan menerusi Yayasan Nurjiwa serta tabung Bantuan Khas Palestin, Covid-19 dan Bencana Alam yang mereka lancarkan beberapa bulan lalu telah meneruskan misi ke beberapa lagi kawasan di sekitar Hulu Langat semalam.

Siti turut memberitahu bahawa terdapat kawasan yang suaminya tidak dapat pergi dengan kereta namun bantuan dan kerjasama daripada sahabat Grab Rider melancarkan lagi sumbangan untuk sampai terus kepada penerima.

Siti Nurhaliza

Tambah Siti, dia sedikit sebanyak menginsafi dirinya ketika bertindak turun padang membantu untuk menghantar sumbangan ke kawasan terjejas sebelum ini.

Hal itu adalah kerana, semua pihak dilihat tampil membantu untuk mengumpul barang bantuan dan membuat agihan tanpa berkira walaupun diri mereka sendiri sedang berada dalam kesusahan.

Dalam pada itu, Siti turut memohon agar semua individu yang terlibat dengan bantuan kepada mangsa bencana banjir untuk terus kuat, tabah dan terus berusaha selagi termampu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...