Saya & Redzwani Puteri Dah Putus Tunang Setahun Lebih – Shah Jaszle

Hiburan

Saya & Redzwani Puteri Dah Putus Tunang Setahun Lebih – Shah Jaszle

Abang Nara sebenarnya sehingga sekarang masih keliru dengan apa yang terjadi terhadap Redzwani Puteri dan Shah Jaszle. Iyerlah, sebelum ini Redzwani Puteri berkorban mempertahankan hubungan mereka. Tup-tup Shah Jaszle muncul dengan kekasih baru dan mengumumkan pertunangan mereka telah berakhir. Redzwani Puteri sendiri jelas terkejut dan tak tahu menahu mengenai hal ini. Terbaru, Shah Jaszle memaklumkan yang sebenarnya pertunangannya dengan Redzwani telah lama berakhir iaitu sejak setahun yang lalu sebelum dia mengenali kekasih barunya sekarang, Hanis.

shah jaszle

Advertisement

Berkata menerusi H!Live, Shah Jaszle merungkaikan kekeliruan orang ramai terhadap status pertunangannya dengan Redzwani Puteri. Menurut Shah Jaszle, hubungan pertunangan mereka telah putus sejak kali pertama dirinya ditangkap khalwat dahulu. Kata Shah Jaszle:-

Kami sudah putus tunang sudah setahun lebih, sejak kejadian putus tunang yang pertama lagi. Bersama Hanis Husna pula saya berkenalan dengan dia baru-baru ini sahaja.

Saya memang tidak suka menghebohkan perkara yang bagi saya tidak penting. Mereka tidak berada di tempat saya dan mereka tidak suka kenal keperibadian saya. Jadi bagaimana mereka boleh menghakimi saya.

Saya hanya menjalankan kehidupan saya secara normal. Kalau saya menidakkan sekalipun mereka akan tetap dengan pendapat mereka.

Saya menyiarkan gambar seperti mana orang biasa post gambar di Instagram. Tapi jika orang lain tidak boleh terima, apa yang saya boleh lakukan

shah jaszle

Tak tahu mengapa tiba-tiba Shah Jaszle tampil untuk memberi penerangan sebegini. Mungkin mahu membersihkan nama baik kekasih barunya yang dituduh perampas baru-baru ini. Redzwani Puteri pun dah ambil keputusan untuk undur diri. Tak perlu rasanya buka kembali cerita lama. Tumpukan perhatian kepada kekasih baru anda. Jangan tup-tup lepas ini ‘clash’ dan ada awek lain sudahlah. Cukup-cukuplah tukar pasangan. Tak gitu?

P.S: Harga Perodua Axia tertiris

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...