Pasti ramai yang mengetahui tentang sebuah kedai makan viral di Setiu, Terengganu oleh kerana seorang pelayan air buah yang sering berpakaian menjolok mata.
Setelah kedai berkenaan diserbu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan diarah tutup beberapa hari, kini kedai itu kembali dibuka selepas pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Malah, pelayan yang dikenali sebagai Darlene itu juga diarahkan berkhidmat di bahagian dapur sahaja dan tempatnya digantikan dengan pelayan lelaki sebagai satu langkah berhati-hati supaya hal sama tidak berulang lagi.
Sekarang, saya lebih banyak berada di dapur dan kaunter sebab takut ada pihak ambil kesempatan dan curi-curi mengambil gambar dan video.
Aku ni baik tu taklah. Tapi mengucap panjang jugak tengok video ni.
Perempuan tu famous sebelum ni sebab suka tayang aset dia dekat socmed.
Dia ada kedai jual air buah. Tu kedai dialah tu.
Kau tengoklah lekaki-lekaki yang datang tu buat apa dengan dia.
Dunia makin parah. pic.twitter.com/Eoa6Qz0E1w
— Cikgu Anep (@Anepppppppppp) July 2, 2022
Tapi saya rasa tak adil sebab tindakan juga wajar diambil terhadap lelaki-lelaki yang terlibat dalam video tular tu dan bukan saya seorang.
Jelasnya, dia mengakui terkilan dengan kejadian tersebut dan berasa tidak adil kerana hanya dia yang disalahkan dalam kes tular sebelum ini.
Menurut Darlene, sejak isu video tular itu ramai pelanggan yang datang ke kedai hanya semata-mata ingin menghamburkan cacian serta makian kepada dirinya, namun tidak kurang juga yang memberi sokongan moral.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.