(VIDEO) “Laki Siapa Ni?” – Takut Kantoi Pergi Kedai ‘Akak Air Buah’, Pemandu Sanggup Tutup Plat Kereta Dengan Kain

Kehidupan

(VIDEO) “Laki Siapa Ni?” – Takut Kantoi Pergi Kedai ‘Akak Air Buah’, Pemandu Sanggup Tutup Plat Kereta Dengan Kain

Sebelum ini, kedai air buah di Setiu, Terengganu menjadi tular gara-gara seorang pelayan wanita yang gemar menayang ‘aset’ dengan berpakaian ketat telah diserbu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan ditutup beberapa hari.

Kini, kedai makan yang telah viral itu kembali dibuka selepas pihak berkuasa difahamkan telah mengambil tindakan sewajarnya.

Advertisement

Malah, pelayan wanita yang dikenali sebagai Darlene itu juga hanya berkhidmat di bahagian dapur sahaja dan digantikan dengan pelayan lelaki.

Namun baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang pelanggan kedai makan berkenaan yang telah menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, pelanggan itu telah bertindak menutup nombor plat kereta miliknya dengan menggunakan sehelai tuala kecil.

Laki siapa ni yang gigih sangat ni baik mengaku cepat!

@karlacamelacabello

Kedai Ini ker yg terhangat dipasaran,,hanya kedai dia je ad air buah kan,,#jadilahpenggunayangbijak

? Oh No – Kreepa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat tindakan pelanggan itu dan mendakwa mungkin individu tersebut takut diketahui oleh pasangannya kerana berkunjung ke kedai yang kini hangat diperkatakan.

Hahahha dia takut bini dia tahu – netizen.

Isteri yang peka dia kenal sticker dekat cermin belakang walaupun dah tutup no plat,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

akak buah
2 years ago

"Pelanggan Yang Miang.." - Kedai Diserbu JHEAT, Rakan Dakwa 'Akak Air Buah' Hanya Mangsa Keadaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...