“Saya Rasa Seksi Saya Ni Takdelah Terlampau…” – Pakaian Sering Dikritik, Nadia Brian Anggap Doa Daripada Netizen

Hiburan

“Saya Rasa Seksi Saya Ni Takdelah Terlampau…” – Pakaian Sering Dikritik, Nadia Brian Anggap Doa Daripada Netizen

Seperti biasa, selebriti di Malaysia ini terutamanya wanita sering mendapat kritikan atau ‘teguran’ daripada netizen jika mereka berpendapat artis tersebut terlalu seksi.

Mungkin juga ia kerana kita hidup dengan adat dan budaya timur yang tidak bersesuaian dengan pakaian menjolok mata, tidak seperti bintang-bintang di negara barat.

Advertisement

1 year ago

Makin Kerap 'Belanja', Riena Diana Akui Dari Dulu Seksi - "Tak Ada Kena Mengena Dengan Kisah Cinta"

Nadia Brian, antara aktres yang sering terpalit dengan kontroversi pemakaian seksi dan sering meraih tumpuan netizen yang mengkritik gaya fesyennya.

Meskipun sering dikecam kerana berpakaian terlalu terdedah dan menampakkan mana-mana bahagian badan, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi akui menerima kecaman dengan hati terbuka.

Aktres berusia 32 tahun itu menganggap ia adalah terguran daripada netizen serta doa agar dia terbuka hati untuk berubah menjadi lebih baik.

Dari awak kemunculan orang kata saya sangat feminin dan seksi. Saya pakai baju kurung pun orang kata seksi. Seksi itu umum tapi mungkin sebab ada terdedah sedikit orang anggap itu seksi.”

Tambah Nadia lagi, dia tidak berasa penat dengan komen-komen kritikan daripada peminat sebaliknya seronok kerana menjadi diri sendiri.

Padanya lebih baik begitu daripada menjadi seorang yang hipokrit selain turut meminta maaf dan akan cuba memperbaiki dirinya.

Sebenarnya kita biar jadi diri sendiri, taknak hipokrit. Tapi, takdelah teruk sangat. Saya rasa seksi saya ni takdelah terlampau.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...