Makin Kerap ‘Belanja’, Riena Diana Akui Dari Dulu Seksi – “Tak Ada Kena Mengena Dengan Kisah Cinta”

Hiburan

Makin Kerap ‘Belanja’, Riena Diana Akui Dari Dulu Seksi – “Tak Ada Kena Mengena Dengan Kisah Cinta”

Pelakon, Riena Diana menjadi perhatian orang ramai selepas memuat naik beberapa hantaran gambar di laman Instagram memaparkan dirinya ketika menyambut perayaan tahun baharu 2023.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 25 tahun itu dilihat memakai baju tank top bersama skirt berwarna hitam.

Advertisement

Susulan itu, timbul dakwaan mengatakan perubahan imej Riena yang semakin seksi itu berpunca daripada perpisahan dengan bekas kekasih, Nik Afiq.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana binti Zulreal berkata dia sebenarnya memang berimej seksi sejak dahulu.

Tak ada kena mengena dengan kisah cinta, sebelum ni bantai je, baju lagi seksi pun pernah saya pakai cuma tak tunjuk.

Menurut pelakon Kampung People itu, sebelum ini dia lebih memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadi dan pemakaian sebenar kepada pengikut di media sosial.

Mungkin sebab tu orang terkejut tengok saya pakai macam tu.

Dalam pada itu, Riena memaklumkan dia tidak mengambil hati dengan komen negatif dan kecaman yang diterima malah mengalu-alukan netizen untuk berhenti mengikuti di media sosial.

Saya tak marah orang kecam saya, saya terima dengan hati terbuka. Pada yang tak selesa dengan cara berpakaian saya, boleh unfollow saya.

Jelas finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 itu, tahun ini dia berazam untuk menjadi diri sendiri dan tidak mahu menipu peminat dengan memaparkan perkara tidak benar tentang diri sendiri di media sosial.

Tahun ni saya nak tunjuk apa saja yang saya nak tapi tak bermaksud netizen boleh cakap macam-macam pasal saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Muat Naik Video TikTok, Netizen Dakwa Wajah Zoey Rahman Banyak Berubah - "Lain Betul Muka Dia Sekarang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...