“Saya Rasa Sedikit Bersalah” — Syed Saddiq Sedih Lihat Pengasas Gojek Indonesia Berdepan Hukuman Penjara

Kehidupan

“Saya Rasa Sedikit Bersalah” — Syed Saddiq Sedih Lihat Pengasas Gojek Indonesia Berdepan Hukuman Penjara

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui berasa sedikit bersalah selepas melihat nasib bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim yang kini berdepan tuduhan rasuah di negara itu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Syed Saddiq meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan Nadiem, yang juga pengasas Gojek, pernah meninggalkan syarikat bernilai berbilion dolar demi menyertai perkhidmatan awam dan berkhidmat kepada rakyat.

Advertisement

Menurut Syed Saddiq, beliau masih ingat pertemuan mereka pada tahun 2019, ketika dirinya mengajak Nadiem mempertimbangkan untuk terlibat dalam politik dan perkhidmatan awam.

Katanya, pada waktu itu beliau percaya ASEAN memerlukan lebih ramai reformis muda yang berani mencabar sistem politik lama dan membawa perubahan.

“Saya berasa sedikit bersalah. Kerana saya antara individu yang menggalakkan anda menyertai perkhidmatan awam.”

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut mempertahankan Nadiem dan menegaskan bahawa individu yang baik tidak sepatutnya mengalah dalam dunia politik, meskipun terpaksa berdepan pelbagai tuduhan serta tekanan.

Syed Saddiq berkata, beliau memahami kesakitan yang sedang dilalui sahabatnya itu kerana pernah melalui sendiri turun naik proses mahkamah.

Bagaimanapun, beliau percaya kebenaran akhirnya akan terbukti.

“Kebenaran mungkin lambat. Tapi kebenaran tidak mati.”

Untuk info, Nadiem Makarim kini berdepan hukuman penjara sehingga 18 tahun atas dakwaan rasuah melibatkan perolehan komputer riba Chromebook dan sistem Chrome Device Management di Indonesia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mama imani
2026-05-13 13:11:51

Diceraikan Suami, Ibu Tunggal Gigih 'Live' Jual Barang Sambil Dukung Anak Hidap Hydrocephalus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook