“Saya Rasa Dunia Ini Macam Sesepi-Sepinya..” Bapa Allahyarham Siti Sarah, Raisuddin Kongsi Duka Di Hati

Hiburan

“Saya Rasa Dunia Ini Macam Sesepi-Sepinya..” Bapa Allahyarham Siti Sarah, Raisuddin Kongsi Duka Di Hati

Bapa kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah baru-baru ini ada berkongsi rasa duka di hati apabila kehilangan anak perempuan tersayang yang pergi menuju dunia abadi pada hari Isnin yang lalu.

Sarah Dan Bapa
3 years ago

Bapa Siti Sarah Sedih Dan Bimbang Dengan Keadaan Anak, Namun Enggan Ditemubual

Advertisement

Raisuddin yang merupakan penyanyi popular sekitar tahun 80-an dahulu itu berkata, dia kehilangan kata-kata saat Shuib, suami arwah Sarah memaklumkan mengenai kematian anaknya itu.

Raisuddin bapa SarahSumber : Kosmo  

Ujarnya lagi, jika diminta untuk memberi komen, dia sendiri tidak tahu untuk melafazkannya.

Saat Shuib datang dan melutut di hadapan saya sambil memberitahu Sarah sudah tiada, saya tidak tahu nak berkata apa. Saat itu, saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya. Kalau dulu-dulu, sewaktu bersama Sarah menyertai mana-mana pertandingan, apa sahaja wartawan bertanya, mudah untuk saya jawab. Tetapi yang ini memang payah.

Tambah Raisuddin, pemergian Sarah adalah ketentuan Ilahi dan berharap anaknya itu tenang di sana.

Dia juga menyifatkan Sarah seorang anak yang taat kepada ibu bapa dan sangat manja dengan orang tuanya.

Sarah Dan RaisuddinSumber : Rasa.com  

“Sehari sebelum dia pergi ke hospital, semasa saya sedang baring di atas sofa, dia datang pegang tangan saya. Kami berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa.” kata Raisuddin dengan nada beremosi.

Luahan rasa tersebut dikongsi Raisuddin selepas majlis bacaan tahlil dan doa selamat buat Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya dan turut disertai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Ismail Sabri, Menteri Komunikasi, Datuk Saifuddin berserta 600 kenalan lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...