Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bapa Siti Sarah Sedih Dan Bimbang Dengan Keadaan Anak, Namun Enggan Ditemubual

Sarah Dan Bapa

Bapa kepada penyanyi Siti Sarah yang kini sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU), Raisuddin Hamzah akui berasa sangat bimband dan sedih dengan keadaan anaknya.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan pengurus kepada Siti Sarah iaitu Nana namun dia memberitahu bapa Sarah memohon maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini.

Raisuddin SarahSumber : Rasa.my 

Menurut Nana, Raisuddin yang juga merupaka seorang pelakon sedia maklum mengenai keadaan anaknya itu namun berharap agar media menghormati keputusannya untuk enggan dihubungi oleh sesiapa pun.

Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutamanya media untuk menghormati keputusannya enggan ditemubual buat masa sekarang. Cukuplah anda semua tahu bahawa dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sara dah menharapkan agar ada perkembangan positif dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala.

Kenyataan itu dikeluarkan Nana ketika dihubungi sebuah media, baru-baru ini.

Ujarnya lagi, Raisuddin turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan agar anaknya itu kembali sihat dan dikurniakan kesembuhan termasuklah mereka yang melakukan majlis bacaan Yassin.

Advertisement

Terdahulu, penyanyi lagu Kesetiaan itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa ditiarapkan berikutan terdapat darah beku di bahagian paru-paru.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top