Saya Rancang Buka Instagram Anak Pada Hari Pertama Dilahirkan – Shaheizy Sam

Hiburan

Saya Rancang Buka Instagram Anak Pada Hari Pertama Dilahirkan – Shaheizy Sam

Sebelum ini pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pernah memberitahu mereka enggan membuka satu akaun Instagram khas untuk anak mereka yang bakal lahir nanti dan akan berkongsi perkembangan anak mereka di laman sosial mereka sendiri.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Sam sudah berubah fikiran dan merencana untuk membuka akaun Instagram anaknya pada hari pertama dilahirkan bagi mengabdikan kenangan dan pembesaran cahaya mata sulung beliau nanti.

Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar. Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil dan ini akan menjadi memori yang cukup indah untuk dikenang semula.

Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya saya anggap ia hanyalah ruangan sosial semata-mata.

Sam pada masa yang sama merasa terujanya untuk menimang cahaya mata lelaki sulung pada bulan Mei ini. Menurut Sam, beliau akan berehat seketika daripada sebarang penggambaran dan ingin memberikan fokus kepada keluarganya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...