April 24th, 2017

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin antara pasangan popular di Malaysia. Saat peminat mereka mengetahui bahawa Syatilla sedang berbadan dua, ramai yang merasa teruja dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Meskipun mereka berdua popular, Sam dan Syatilla  tidak mahu “menjual”  anak mereka itu nanti  demi populariti dan hak eksklusif untuk sesebuah rancangan.

Kalau ada pasangan selebriti yang menjual hak eksklusif anak mereka ketika waktu lahir, saya dan isteri tidak berhajat sebegitu. Rasa macam tak seronok pula bunyi “menjual” macam itu. Biarlah secara semula jadi sebab selama ini pun kami tidak pernah lokek untuk berkongsi cerita tentang perkembangan di laman sosial. Tak ada apa yang hendak disembunyikan.

Lagipun sebagai golongan artis, sudah pastilah peminat nak mengetahui apa yang terkini. Apabila kita “menjual” hal membabitkan anak, itu bermakna kita sudah mengehadkan sesuatu. Jadi jalan paling mudah, baik tak payah “menjual” kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Sam dan Syatilla juga tidak akan membuka satu akaun Instagram khas buat anak mereka seperti selebriti lain. Segala perkembangan dan aktiviti anak mereka akan dikongsikan hanya melalui laman sosial mereka sendiri.

Tidak dinafikan ada golongan selebriti yang memang gemar untuk “menjual” hak eksklusif anak mereka sehingga terpaksa mengehadkan perkongsian anak mereka dengan peminat. Kami sokong dengan tindakan Sam dan Syatilla yang enggan berbuat demikian dan lebih utamakan peminat mereka yang juga cukup teruja dengan kehadirana cahaya mata sulung mereka.

Sumber Berita : Utusan Mingguan


Comments are closed.

Loading...