Baru-baru ini, isu hangat dibincangkan oleh orang ramai apabila pelakon Lana Nodin memuatnaik beberapa hantaran di Instagram Story menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham segera untuk meletak jawatannya.
Menerusi temubual bersama Kosmo, Lana menjawab komen sesetengah netizen yang menyuruhnya untuk pulang ke negara suami iaitu Amerika Syarikat atas sebab kelantangannya mengkritik pentadbiran kerajaan dalam menanggani COVID-19 di negara ini.
Apa hak mereka mahu suruh saya ‘berambus’ balik negara suami (Amerika Syarikat)? Saya rakyat Malaysia, dilahirkan di negara ini. Saya ada hak untuk bersuara.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, kelantangannya menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham meletak jawatan adalah perkara wajar yang perlu dilakukan memandangkan bukan dia sahaja yang berpendapat seperti itu.
Sekarang ini bukan saya seorang sahaja yang menghentam beliau (Noor Hisham), ramai lagi rakyat Malaysia menyuarakan pendapat yang sama.
Sedia maklum, sebelum ini Lana menyelar Noor Hisham supaya berhenti ‘berlakon’ dari terus-menerus membohongi rakyat atas situasi COVID-19 yang sedang melanda di negara ini dan meminta beliau untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.