“Saya Ragu Nak Berkerja Dengan Rakan Lakon Lelaki Saya Sekarang” – Nadiya Nisaa Tampil Bersuara

Hiburan

“Saya Ragu Nak Berkerja Dengan Rakan Lakon Lelaki Saya Sekarang” – Nadiya Nisaa Tampil Bersuara

Pelakon Nadiya Nisaa akui masih terdapat segelintir penggiat seni tempatan yang tidak mempedulikan soal adab dan etika semasa bekerja.

6 years ago

(TAHNIAH) Nadiya Nisaa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan 1 Januari Lalu

Advertisement

Nadiya atau nama sebenar Nadiyatul Nisaa binti Kamaruddin berkata disebabkan sikap sambil lewa itu, ramai yang tidak bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing dalam menghasilkan sesebuah karya atau penerbitan produksi.

Nadiya Nisaa

Pelakom filem Cun! itu berkata dia sentiasa menyokong segala usaha kepada perubahan bagi mewujudkan perkembangan dan cara kerja yang positif dalam industri.

Berikutan kes baru-baru ini, telah membuka mata kita bahawa masih ada yang buta akan soal adab dan etika bekerja.

Nadiya, 36, akui berasa ragu untuk bekerja dengan rakan artis lelakinya sekarang dan menegaskan agar piagam yang diadaptasi daripada Code of Conducts & Standard Practice (CoC) harus diadakan segera supaya dia boleh berbincang dan mengusulkan pada pihak produksi yang sedang dia jalani pengambaran sekarang.

Sebanyak 29 syarikat, anggota gabungan serta 50 penggiat seni filem, TV dan penerbitan mengadakan inisiatif untuk berikrar menyokong satu Tatakelakuan bagi misi menjaga integriti industri hiburan tempatan.

Kerjasama Gabungan Pelakon Berintegriti Malaysia (Iman) dan Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) berikrar menyokong inisiatif itu yang meliputi hal-hal diskriminasi, gangguan dan buli dalam industri hiburan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...