Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Nadiya Nisaa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan 1 Januari Lalu

Hari ini, pelakon Nadiya Nisaa berkongsi berita gembira beliau sudah pun melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada 1 Januari lalu.

Advertisement

Nadiya memuat naik foto pertamanya bersama anak perempuannya itu yang diberi nama Aminah Rose menerusi akaun Instagram miliknya dan meluahkan rasa syukur tidak terhingga atas kurniaan terindah yang diberikan Tuhan kepada beliau sekeluarga.

Nadiya mendirikan rumah tangga dengan dengan Saiful pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar yang kini berusia 8 tahun. Terdahulu, sekitar tahun 2016 Nadiya sepatutnya melahirkan anak kedua namun kehilangan zuriatnya apabila janin yang dikandung meninggal dalam kandungan.

Kami di BeautifulNara ingin mengucapkan tahniah kepada Nadiya dan suami. Akhirnya hasrat beliau untuk menimang anak perempuan termakbul. Semoga dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    January 23, 2019 at 10:06 am

    tak tanya pun

    • Anonymous

      January 23, 2019 at 11:17 am

      sakit mental ko ni… tunggu kisah lopak dpt anak ke… hell belum laku lagi

  2. Bawang putih

    January 22, 2019 at 9:07 pm

    Aminah Rose sedap nama tuuu…Tahniah! Enjoy your babys cause they grow soooo fast!
    #recover_not_recovery

  3. R

    January 22, 2019 at 5:52 pm

    Tahniah. Suka tenguk dia berlakon ….

    • Anonymous

      January 23, 2019 at 9:40 am

      alhamdulillah..aku pon tumpang seronok. bukan senang dugaan yg die hadap sebelum ni. lame die tunggu..dalam diam, akhirnye dpt sorg puteri.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top