“Saya Pun Tak Tahu Dia Buat Macam Tu” – Adira Terkejut Datuk Red Buka Fail Rujuk Semula

Hiburan

“Saya Pun Tak Tahu Dia Buat Macam Tu” – Adira Terkejut Datuk Red Buka Fail Rujuk Semula

Penyanyi Adira meluahkan rasa terkejut apabila bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, atau lebih dikenali sebagai Datuk Red telah memfailkan pengesahan rujuk di luar pengetahuannya pada Rabu lalu.

Menurut Adira, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu setelah dimaklumkan peguam.

Advertisement

Saya berada dalam keadaan sukar untuk menjawab kerana ceritanya panjang dan masih dalam proses. Fail kes rujuk itu bukan daripada pihak saya.

Sejujurnya ini adalah certa yang panjang. Saya baru sahaja menerima maklumat yang sebelum ini saya langsung tidak tahu dan perkar aini berlaku secara tiba-tiba.

Saya serah sepenuhnya kepada peguam. Buat masa ini saya tidak boleh berkongsi apa-apa kerana masih berbincang dengan peeguam.

Datuk Red Didakwa Buat Pengesahan Rujuk, Kembali Bersama Adira Dalam Tempoh Idah

Malah kata Adira, dia berasa serabut dengan ‘drama’ seperti ini kerana fokus utamanya pada ketika ini hanyalah anak dan kerja.

Saya menghormati dia hanya sebagai bapa kepada anak-anak, itu sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adira datuk red
2025-12-19 14:10:58

Datuk Red Didakwa Buat Pengesahan Rujuk, Kembali Bersama Adira Dalam Tempoh Idah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar