Saya Pun Pernah Pakai Barang Tiruan Masa Mula Meniaga Dulu – Datuk Aliff Syukri

Hiburan

Saya Pun Pernah Pakai Barang Tiruan Masa Mula Meniaga Dulu – Datuk Aliff Syukri

Nampaknya memang hangat isu barang original dan tiruan ini. Semalam, Neelofa mengeluarkan pendapat jika tidak mampu nak beli yang original, tak perlulah kita membeli barang tiruan. Ada yang bersetuju dengan pendapat Neelofa, ada pula yang membangkang. Bagi mereka, Neelofa dah kaya raya jadi boleh beli apa yang diinginkan tanpa perlu berkira. Walaupun tak mampu, sesekali teringin juga bergaya dengan beg LV, Gucci, Chanel, sebab itulah ada sekelompok manusia yang sanggup membeli barang tiruan gred AA, AAA, AAAA original.

barang tiruan

Advertisement

Mempunyai pendapat yang berbeza dengan Neelofa, Datuk Aliff Syukri mengakui yang diriny apernah memakai barang tiruan ketika mula-mula berniaga dahulu. Baginya tak salah untuk menggayakan barang AA kerana ia bukanlah merompak atau mencuri.

Kini selepas kejayaan businessnya, Datuk Aliff menggayakan jam yang berharga ratusan ribu. Fuh!!! Kata beliau:-

Tak salah nak pakai AA. Tak merompak, tak mencuri. Saya pun pernah pakai masa mula-mula berniaga, jujur saya bagi tahu. Melainkanlah kalau kita ni wanita simpanan, lelaki simpanan ke boleh pakai ke boleh pakai yang ori. Baju saya daripada jenama Ralf Lauren dalam RM600, tali pinggang Gucci RM3,000 dan jam yang saya pakai sekitar RM180,000. Saya beli masa bisnes saya okay

aliff syukri

Secara jujurnya, Abang Nara berpendapat memang tak wajar untuk kita membeli produk tiruan. Ukurlah baju di tangan sendiri. Kalau tak mampu jenama LV, banyak lagi jenama yang mempunyai rekaan menarik pada harga lebih rendah seperti Sembonia, Charles Keith dan sebagainya. Membeli barang tiruan ini seolah-olah kita menipu diri sendiri. Lebih baik kita menyimpan, bekerja lebih gigih dan membeli yang original untuk kepuasan diri. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Media Hiburan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

51 Comments

  1. bodopiang

    August 5, 2018 at 5:03 pm

    alif nih..
    kang kata xde otak marah…
    masa buat lagu..
    meroyan suruh org support..
    produk dia kena celup pun meroyan suruh org beli yg ori..
    suruh org hargai titik peluh org lain ..
    skg dia kata tak salah pulak pakai brg palsu ..
    ahahahahhahahaha

  2. Anak Bawang

    August 5, 2018 at 11:59 am

    kenapa nak malu beli barangan fake? pengguna nak membeli utk kepuasan diri sendiri even fake or ori. why should we bother other people punya comments? they buy by their own money, not your money. so stop it making noise. konon tipu diri sendiri sebab pakai barangan fake. itu bukan tipu diri sendiri. itu self satisfactory! dah dia mampu beli barangan fake jer, lain la korang nak sponsor dia beli brgan ori pula.

  3. Anonymous

    August 4, 2018 at 11:18 pm

    Nak juga bapok ni..

  4. Pakcik bawang

    August 4, 2018 at 7:19 pm

    Dulu ko merempan, menggila dekat Vietnam pasal dorang tiru tudung ko tu ap kes pulak???.?? Poyooo cakap x serupa bikin la ko pakcik.

  5. haha

    August 4, 2018 at 4:47 pm

    sebenarnya dalam hal ni, kita kembali kepada basic ya, iaitu cetak rompak. Bayangkan, manusia instafamous tu jual barang fake, dia untung dan kaya pendapatan mencecah puluh ribu ringgit daripada perbuatan tersebut. Adakah dia usahawan yang berjaya? sedangkan dia tidak keluar sesen pun daripada R&D, design dan sebagainya. dia cuma perlu beli barang dekat China yang murah, lepas tu jual mahal sikit dekat sini. Pemilik asal yang susah payah keluar untuk design dan sebagainya?1 sen pun tak dapat. Kiranya mencuri orang lain punya karya.

    • mai

      August 4, 2018 at 6:26 pm

      berjaya la tu kiranya dia tau camna nak marketing,tak kira lah apa barang sekalipun, ko tuh,tah2 jual barang asli pun tak laku sebab bodoh dlm bab2 marketing..bongok punya haha

Loading...