Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kalau Tidak Mampu Yang Original, Saya Tidak Akan Beli Barangan Tiruan – Neelofa

Selebriti popular Neelofa meluahkan rasa terkilan terhadap mereka yang menyokong dan membeli barangan tiruan. Buat Neelofa, beliau sama sekali tidak akan memakai barangan tiruan sekiranya beliau masih belum mampu untuk memiliki barangan jenama mewah yang menjadi idamannya.

Sebaliknya Neelofa akan berusaha lebih keras untuk mendapatkan sesuatu yang beliau inginkan.

Advertisement

Kalau saya tiada duit untuk beli barang berjenama, saya memang tidak akan beli langsung. Saya memang tidak akan beli sama ada ia gred A atau gred B sekali pun. Tapi saya jadikan ia sebagai satu motivasi agar satu hari nanti saya boleh beli juga barang yang diinginkan itu.

Macam sekarang pun saya masih lagi simpan impian nak membeli-belah tanpa memikirkan banyak kali sama ada harga barang itu mahal atau tidak.

Neelofa juga bersetuju dengan cara sebuah laman Instagram @streetwearbustamy yang mendedahkan penggunaan barang tiruan oleh artis dan juga Instafamous. Sedikit sebanyak ia mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Advertisement

Ini adalah masanya untuk kita motivasikan diri jika ingin mendapatkan barangan yang harganya terlalu tinggi. Usaha lebih keras supaya satu hari nanti kita mampu beli barangan yang diidamkan dan bukannya membeli barangan tiruan.

Terdahulu, @streetwearbustamy mendedahkan beberapa selebriti popular menggayakan barangan jenama tiruan berdasarkan siasatan dan pemerhatian yang dilakukan menerusi foto yang dimuat naik  oleh mereka di akaun Instagram. Antara artis yang dikantoikan berbuat demikian ialah Emma Maembong, Fathia Latiff, Ismail Izzani, Janna Nick, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ara Johari, Zoey Rahman dan Fara Mendoza. Barangan tiruan yang digayakan terdiri daripada jenama  Supreme, Gucci, Louis Vuitton dan Air Jordan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

101 Comments

  1. fishball

    August 6, 2018 at 11:54 am

    shut up lah. fashion sense dah lah ugly nak mampos nak ye ye orh podah

  2. Hamidah

    August 5, 2018 at 11:10 am

    Terpulang pada individu itu sendiri. Kalau mereka beli yang fake its their Choice. Lagi pun bukan guna duit you. You ada duit bolehlah cakap macam tu. Sebab u artis u can buy what you want. Ada lebih baik berfikir sebelum bercakap. Itu lebih baik.

  3. no one

    August 5, 2018 at 9:33 am

    golongan berada mmg mcm ni.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top