Nampaknya memang hangat isu barang original dan tiruan ini. Semalam, Neelofa mengeluarkan pendapat jika tidak mampu nak beli yang original, tak perlulah kita membeli barang tiruan. Ada yang bersetuju dengan pendapat Neelofa, ada pula yang membangkang. Bagi mereka, Neelofa dah kaya raya jadi boleh beli apa yang diinginkan tanpa perlu berkira. Walaupun tak mampu, sesekali teringin juga bergaya dengan beg LV, Gucci, Chanel, sebab itulah ada sekelompok manusia yang sanggup membeli barang tiruan gred AA, AAA, AAAA original.
Mempunyai pendapat yang berbeza dengan Neelofa, Datuk Aliff Syukri mengakui yang diriny apernah memakai barang tiruan ketika mula-mula berniaga dahulu. Baginya tak salah untuk menggayakan barang AA kerana ia bukanlah merompak atau mencuri.
Kini selepas kejayaan businessnya, Datuk Aliff menggayakan jam yang berharga ratusan ribu. Fuh!!! Kata beliau:-
Tak salah nak pakai AA. Tak merompak, tak mencuri. Saya pun pernah pakai masa mula-mula berniaga, jujur saya bagi tahu. Melainkanlah kalau kita ni wanita simpanan, lelaki simpanan ke boleh pakai ke boleh pakai yang ori. Baju saya daripada jenama Ralf Lauren dalam RM600, tali pinggang Gucci RM3,000 dan jam yang saya pakai sekitar RM180,000. Saya beli masa bisnes saya okay
Secara jujurnya, Abang Nara berpendapat memang tak wajar untuk kita membeli produk tiruan. Ukurlah baju di tangan sendiri. Kalau tak mampu jenama LV, banyak lagi jenama yang mempunyai rekaan menarik pada harga lebih rendah seperti Sembonia, Charles Keith dan sebagainya. Membeli barang tiruan ini seolah-olah kita menipu diri sendiri. Lebih baik kita menyimpan, bekerja lebih gigih dan membeli yang original untuk kepuasan diri. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Media Hiburan.