“Saya Pun Mangsa Keadaan” – Tak Pernah ‘Sign Agreement’, Noraniza Idris Nafi Jadi Duta Skim Perumahan Kontroversi RM10

Hiburan

“Saya Pun Mangsa Keadaan” – Tak Pernah ‘Sign Agreement’, Noraniza Idris Nafi Jadi Duta Skim Perumahan Kontroversi RM10

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila penyanyi terkenal irama Malaysia, Noraniza Idris didakwa bersekongkol dengan pemaju Rumahku Syurgaku (RKSK) yang membabitkan syarikat pemaju MRF Consultant (M) Sdn Bhd dan juga hampir 200 penggiat seni negara ini.

Muncul desas-desus yang mengatakan Noraniza Idris yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ani itu telah dilantik menjadi duta projek berkenaan namun perkara tersebut dinafikan penyanyi tersebut.

Advertisement

Kata Kak Ani, dia tidak menandatangani sebarang perjanjian hitam putih dengan syarikat terbabit dan mendakwa dirinya adalah mangsa keadaan.

Pada mulanya dia dijemput untuk menjadi duta program kebajikan ketika Ramadan lalu pada satu majlis berbuka puasa dan terbuka hati untuk menerimanya secara lisan kerana Kak Ani memang aktif dalam kerja-kerja kebajikan yang dianjurkan mana-mana pihak.

Saya nak nak bantu rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan tiada rumah.

Selepas isu dakwaan penipuan mengenai skim RKSK timbul di media sosial, Kak Ani berusaha untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada individu bergelar Pengarah Urusan Syarikat Perumahan itu.

Ia menyebabkan saya ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ terbabit pada 27 Ogos lalu.

Kak Ani dalam pada itu memberi peringatan kepada selebriti yang berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyertainya.

Terdahulu, penggiat seni yang berminat dalam skim perumahan itu perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga tertentu.

Namun, jika mereka ingin mendapatkan rumah berharga RM1 juta, mereka hanya perlu membayar RM10,000. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noraniza idris malai solo tunda
2 bulan lalu

“71 Keping Je Jual” - Kak Ani Tangguh Konsert Malai Solo Risau ‘Clash’ PRU15, Netizen Perli Tiket Tak Laku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 30, 2022 at 11:14 am

    halah2, nk pusing cerita pulak ke kak ani oi? korg g google mona din kat fb, kat situ dia ada share screenshot wasap kak ani ni ngan mona din tu, xde rupa org kene scam ye, berlagak lagi ada makcik ni, dia ingat semua org bodoh ke? halah2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...