Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila penyanyi terkenal irama Malaysia, Noraniza Idris didakwa bersekongkol dengan pemaju Rumahku Syurgaku (RKSK) yang membabitkan syarikat pemaju MRF Consultant (M) Sdn Bhd dan juga hampir 200 penggiat seni negara ini.
Muncul desas-desus yang mengatakan Noraniza Idris yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ani itu telah dilantik menjadi duta projek berkenaan namun perkara tersebut dinafikan penyanyi tersebut.
Kata Kak Ani, dia tidak menandatangani sebarang perjanjian hitam putih dengan syarikat terbabit dan mendakwa dirinya adalah mangsa keadaan.
Pada mulanya dia dijemput untuk menjadi duta program kebajikan ketika Ramadan lalu pada satu majlis berbuka puasa dan terbuka hati untuk menerimanya secara lisan kerana Kak Ani memang aktif dalam kerja-kerja kebajikan yang dianjurkan mana-mana pihak.
Saya nak nak bantu rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan tiada rumah.
Selepas isu dakwaan penipuan mengenai skim RKSK timbul di media sosial, Kak Ani berusaha untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada individu bergelar Pengarah Urusan Syarikat Perumahan itu.
Ia menyebabkan saya ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ terbabit pada 27 Ogos lalu.
Kak Ani dalam pada itu memberi peringatan kepada selebriti yang berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyertainya.
Terdahulu, penggiat seni yang berminat dalam skim perumahan itu perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga tertentu.
Namun, jika mereka ingin mendapatkan rumah berharga RM1 juta, mereka hanya perlu membayar RM10,000. – Harian Metro
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.