“Saya Pilih Yang Berduit” – Zarina Zainoordin Enggan Berkasih Dengan Artis, Lebih ‘Prefer’ Yang Ada Kewangan Kukuh

Hiburan

“Saya Pilih Yang Berduit” – Zarina Zainoordin Enggan Berkasih Dengan Artis, Lebih ‘Prefer’ Yang Ada Kewangan Kukuh

Rupa-rupanya, hati aktres Zarina Zainoordin telah pun dimiliki oleh seseorang.

Dia yang sebelum ini jarang bercerita mengenai kisah peribadinya mendedahkan bahawa dia kini sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan bergelar duda anak dua sejak 10 tahun yang lalu.

Advertisement

Lebih mementingkan lelaki yang berduit

Kata Zarina lagi, dia selesa berhubungan dengan lelaki berusia 52 tahun itu yang disifatkan matang, bersikap terbuka dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Kami sudah 10 tahun rapat dan dia bapa kepada dua anak yang masih belajar di sekolah menengah.

Dia juga bukan dalam kalangan orang seni kerana saya memang elak bercinta dengan artis, saya pilih yang berduit.

Kekasih tak kisah

Ujarnya lagi, kekasihnya tahu sebab mengapa dia memilihnya untuk dijadikan pasangan hidup dan tidak kisah mengenai hal itu.

Dia pun tahu kenapa saya pilih dia yang tak pernah berkira, tahu-tahu duit bulanan rumah dia dah bayar.

Tambah Zarina, dia sudah lebih 10 tahun bercinta namun tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun.

Yakin akan bergelar isteri bila tiba masa

Pelakon drama Gemersik Berbisik itu yakin dia bakal bergelar isteri apabila tiba masanya nanti dan turut memohon doa peminat.

Sebelum ini, bekas peserta Akademi Fantasi musim kedua itu pernah menjalani hubungan cinta bersama beberapa pelakon lelaki namun kecundang di tengah jalan.

Dia juga pernah hampir berkahwin dengan bekas gitari sebuah band muzik pada tahun 2010 namun dibatalkan atas sebab tertentu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farah lee ally
12 months ago

"All The Best Daddy" - Ucapan Farah Lee Kepada Ally Iskandar Jadi Tumpuan Warga Maya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...